20/03/13

Demam? Selesema? Batuk?


Info cedok ... 


Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.

Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.
Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik.

Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. 
Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. 
Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

23/01/13

Ni rahsia tau...

Uhuks .. Rahsia tau jgn bgtau apak .. Kisahnyer... Pg td aku dah ks sagat itu bumper dkt dpn sekolah alya. Ingatkan stkt jln x rata jek . Sekali zasss ... Dah kene bleh jek releks g opis. Ms parking br belek.. Mak oiii sekali terkopek plak cat dia. Br jek seminggu cat br. Mm nak mam.. Lah kalau kstau si apak...  Nak call kedai cat.. Kat apak plak... Terus call buat ayat .. Kata kwn opis nak mintak no kedai cat. Uhuks. Mujur apak x bnyk soal.
Bila call kedai kata bleh siap 1 hr.. Fuhh salamat...
Ni update smbil tunggu k.lin ambil.  Uhuks.ptg kang pun mintak k.lin yg hantar.
Agak2 klau apak tau ni... Mau apak jd org ijau.. Gila scaryyyyy ..

Org kedai ckp kene sembur satu bumper.. 150... Oklah jnji x tgk org ijau...

18/01/13

Adik buli kakak..

Meh tgk si adik yg suka buli kakak beliau.

Ni lah hobi mia... Suka sgt kacau kakak. Pastu jerit sekuat hati. Adehhhh

Training km

Buhsan.. Campur ngantuks.... Tolon tolonnn . Tukang ceramah pun.. Bila bg soalan... Memanjang x pasti...  Mencik...

6/11/12

Alya dan Bacalah Anakku

Nak kongsi cerita kepada para ibu a.k.a perent kat luar sana. Sekadar memberi pendapat mengenai pengalaman yg sedang dilalui. Tak kata aku betul dan tak kata aku salah . Sebab terasa terujaannya bila dpt result yg sungguh memuaskan.. dah dah,, merepek panjang pulok dah,,

gini,,, nak cerita pasal buku Bacalah Anakku dan Buku Abu Ada Ayam. 
Bacalah Anakku

Sebulan yg lalu, dalam kekalutan menguruskan hal rumah,, aku jadi lupa dalam bab uruskan pendidikan anak-anak. Bila cek balik dgn teacher kat sekolah Alya,, baru ku tahu,, Alya x mula lagi dengan buku Bacalah Anakku. Still lg dlm mood ACTION. Mmg keciwa tahap gaban.Walaupun br 5 bulan alay masuk school .. tapi aku mmg dah target yg end of year,, aku harapkan alya dah boleh reading....  Pastu plak di hari yg sama,, dia g belasah anak org dgn toys. So teacher sudah bising kat ini telinga. 

Aduiyaiii... 
memang merah lah muka menahan malu campur marah.... KOR SIAP ,,, ,
mmg start dr naik kereta,, sampai ke rumah,, mulut ni bebel kan si alya... 
dia plak hanya tunduk jerk,, (*kasi can kat mama dia lepas kan marah gamaknyer,), wa kah kah,, sampai jer rumah.. terus suh dia buka exercise yg aku beli kat TESCO. bukan 2 muka surat ... 50 muka surat aku suh siapkan,,, mmg mia ntah ke mana,, masak lagilah kan,,,

dlm hati ni,,, mmg menahan sebak jek,,  ya allah,,, (*baru nak menyesal akn diri sendiri yg luper akan tentang anaknyer itu). apak balik jer,, terus melaporkan akan kejadian.. tapi cam biaserlah org lelaki,, bukan amik port sangat. terkebail kebil jek harapnyer,, "org lain tu camner? mak bapak dia kata apa?"... aduish,,,

Esoknyer,, terus aku gi MPH alamanda cr buku yg diorang guna kt school. first nak mula dgn Abu Ada Ayam,,, suh kasi dia kenal dgn ABC. Dgn set ni,, dia ajar dgn menggunakan kaedah fonix,, so ada lagu,, mmg best,, dan dr pandangan aku pun,, alya mmg laju skek kalau bab lagu nie,,, tu pun jenuh aku tawaf kat bhgn buku kanak2 tu,,, yg jumpa bacalah anakku ngan read easy jek,, aku malas nak beli yg set lain tu,,, sbb ongkos masa tu,, x berapa nak mengizinkan.. so lepaskan Abu Ada Ayam dulu.. 

balik rumah terus pasang,,, dia seronok,, aku pun seronok,,, dr cd,, aku convertkan bentuk mp4,, terus masuk dlm ipod dia,,, so bila2 masa jek dia bleh dgr dan nyanyi... alhamdulillah,, hr kedua dah beberapa huruf dia mulai kenal.. kalau kita tunjuk kad imbas yg ada dlm set tu pun dia dah pandai sebut sendiri,,,  lega hati mak ni oiiiiiii

dr episod tu,, aku cuba pulak utk cr set Cory Cat,,,  malangnyer satu melaka aku cr x jumpa,.,, bila tanya MPH... dia suh cr kat subang or one utama,, adehhhhhh,,,, bila lah sempat nak gi berjimba ke sana ,,, Mujur,, tuhan tu nak permudahkan ,,, mulut nie nak terbuka cerita kat teacher kat school. rupanya,,, kene mula dgn Bacalah anakku sampai buku 6,, br boleh start dgn corry cat,,, takut nanti budak boleh confuse,,, yerlah,, 

sebagai contoh.,. huruf a.. dlm BM.. kita sebut a',, tp dlm BI.. A boleh disebut a'  e' ,,, hmm  camtulah... so kene sabor dulu.. wa kah kah,,, Satu melaka aku dah tawaf,, kalau tau,, mmg ada jer set bacalah anakku kat mana2 kedai buku,,, we,,he,,he.. 

Oleh itu,, aku pun beli set buku Bacalah Anakku. hr nie dah hr ke 5. Alya dah boleh baca keseluruhan dlm set buku 1.......  Yeahhhh yeahhhh,,,, Give me Five,,,, misi ku hampir berjaya, dah kembali berada di landasan . Syukur sangat2,,

So mlm td dah beralih kat buku 2... tu pun dia dah pandai sikit sikit,,,  sajer ubah ke buku lain,, x derlah dia buhsan,, walaupun dah beralih buku,, tp aku kene gak rajin utk buka balik buku satu utk dia refersh selalu...

So kepada parents kat luar sana... cubalah,, mmg menakjubkan.. kalau ada bajet lebih,, beli set.,, lagi murah.,, eh.,eh.. marketing plak,,, adehhhhhh tu lah ai ni,, kalau dah start bebel,, sampai terlajak lajak,,,

kredit to Read Network gambar pinjam dr sana

15/10/12

Kalau marah Anak...

 Terbaca dari forum cari,, terus bajet nak letak dlm blog,,, sebab leh kongsi ngan kawan yg lain,,, tp sebenarnya lebih untuk diri sindiri,, 
kalau ikutkan hari hari ai jerit jerit kat rumah bebel kat alya. 

Mula mula cakap sekali x dengar.. cakap dua kali,, dah dengar,, tapi dia buat jugak ,, sebab nak suh mama dia beliakkan mata yg x berapa nak besar nie kan,, pastu jerit cam org gila,, pastu buat muka sentap,, huh,, boleh darah tinggi tau ,,,

jum baca,,


Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?


2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

...


3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?


Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?


Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?


Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.


Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.


Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.


Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?


Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?


Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?


Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?


Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


Untuk renungan hari ini. Senyum.


ha can ner? bleh?,, balik ni nanti..nak try dulu,, nak marah marah,, main bisik kat telinga,,, kalau geram lagi,, kasi geget plak itu telinga,, eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


jap,, cam  x best plak x letak gambar pengarang jantung ai,, 

4/10/12

Bebelanku di pagi hari

seronok bila baca blog org lain,,, blog sendiri,, sunyi sepi,, huah,,huah,,huah,,,

Banyak cerita nak dimodalkan tapi tahap kemalasa yg tahap gaban membuatkan aku malas nak menaip entry,,

Buat masa nie,, selalunya aku akan update blog kat opis jek yek,, sebab kat rumah ai,, setramyx x dok,, waaaaaa giler tahap gaban biler internet x der kat rumah,, buat masa nie belum giler lagi,, sebab bnyk lg aktivit kemas mengemas masih lagi berjalan....

ooppps,,, sebelum terlajak,, aku ank bagitau,,yg sekarang kami dah pun berpindah ke rumah kami kat dengkil,, wa,,ha,,ha,, setel satu masalh yg selama ini terbeban kat kepala,,, dah masuk rumah sendiri,,, suka hati sendirilah kan,,, tapi sebenarnya lagi poning nak pikir,,,

Sebelum pindah,, tak tahu nak bungkus yg mana dulu,, bila dah pindah,, tak tahu pulak nak susun yg mana dulu,,, last last,, tolak tepi jerlah,,

So far setelah 3 minggu mendarat kat rumah baru,,,(boleh ker pakai ayat mendarat,,, wa kah,,kah),, alhamdulillah kami anak beranak ok ok jer,,,,, nak kata sunyi,,x jugak,, sunyi masa waktu tidur jek,, sebab,, kalau siang,, kompomlah,, ramai kontraktor duk menyiapkan rumah jiran yg lain tu,, ptg hingga mlm pulak,, suara kami anak beranak,, satu taman boleh dengar,, wa,,ha,ha, naik pening ,, selamat belum ada jiran lagi,,, kalau dah ada,, x tahulah nak letak mana dah muka ni,,,  stock cakap semua macam petir,, he,,he,,he,,  ditambahkan lagi pulak,, dgn si kakak yg x habis2 menyanyi,, practise utk persembahan hari Ihtifal dia,,,

kalau nak ikutkan bnyk lg list nak dimikirkan utk rumah ni,, kenduri doa selamat, lah,, tambah itu tambah ini,, letak itu ,,letak ini,,, semua serabut dlm kepala,,, mujur yg penting dah settel,, la nie,,, ni, kene tarik nafas panjang2,, pastu kayuh pelahan perlahan yek

25/09/12

jumpa lg gambor best



he,,he,, kemas kemas folder dlm pc nie,, jumpa lg gambor best

uhuks,, gambor,,   15 tahun dahulu,,, gambor kami masa kekecik.

Masa ni gambor family aku datang rumah keluarga apak kat Selayang. Masa tu kami darjah 3 kut. Datang ziarah,, yerlah masa kami sekolah tadika ,, rumah selang satu pintu jerk,, so mmg jiran .

Masa ni,, nama pun bebudak,, kami hanya tahu main jeklah,,, x der feeling feeling bagai,,, 

Tapi bila tengok gambar nie balik ,,, cam kelakar jek,, slim jek apak,, wa ha..ha,,, muka aku pun baik gitussssss

cer teka ,, aku yg mana? 

14/09/12

Laki sapa lah ni,,,,


sajer bg intro sakit hati ,,huah,,huah,,huah,,,

semalam,, tgh duk belek belek gambar yg tersimpan dlm labtop tu,, ternampak lah folder gambar ni,,, koleksi Remote Control @ RC si apak,,,,

kalau kumpul kumpul balik total dia beli brg nie,, boleh beli rantai leher ... stok besar ibu jari,,pastu labuh sampai pingang,, huah,,huah,,huah,, giler,,,,,,

Nak buat camner,, dah itu hobi dia,,ikutkan jerk ah,, lagipun duit dia,, penat penat dia cari duit, apa salahnyer dia beli utk kepuasan dan hobi di masa lapang,,, kan,,kan,,kan,,,

Satu bende yg aku tabik spring kat mamat ni,, dia memang jaga barang dia baik baik,,, lepas main,, for sure dia akan lap elok-elok sebelum dia simpan,,,sebab tu barang dia boleh tahan lama....

Lepas tu ,,, tak sangka pulak yang abg ipar dia pun boleh minat benda yang sama... pastu ditambahkan lagi dgn adik bongsu dia,,,, puhhh memang haruklah bila dpt berkumpul,,haruk sebab duk sembang pasal RC,,,, pastu boleh keluar sesama gi beli,bende yang sama, gi main sesama,,, mlm pun malamlah,, janji diorang dapat main,,,,port selalunya kat dataran air keroh melaka,, tak pun kat sini main kat dpn masjid atau mahkamah,,,

Bab anak pulak,, diorang dah umpankan rc yg jenis murah2,, so diorang terlepas lah dr gangguan,,,Pastu,, aku ngan kakak iparku duk melanguk jek ah kan,, gosip sikit sikit,,, sikit jerrr,,,ooooopsssss

cuma letely ni,,, dia sibuk sgt,, so mmg tersimpan jek ah dlm kotak tu,,,toys dia tu.
 Jum tgk apa yg dia ada
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,,,,, ada 6 yer,,, satu lg heli ntah mana pulak,,

Kereta Kebal
Kereta ni,, siap boleh tembak tau,, jangan main-main,, kalau dulu,, masa duduk kat subang depan rumah tu banyak giler monyet,,, mmg jadi umpan utk dia ah,,  tembak monyet tu sekor sekor,, monyet tu pun cam pelik jerk tgk kereta kebal kecik sibuk duk tembak tembak,,,


Kereta kebal yg kedua

Aku pun tak faham kenapa dia perlu ada sampai dua kereta kebal tu,,, bila tanya kenapa nak beli sampai dua,, dia kata... sajer suka2,,, sebab cantik,,,, adoiiiii *ketukkepalakangbarutau*
agaknyer lepas ni kalau mama beli gelang banyak2 bolehla yer,,, cantik kan banyak-banyak,,, weeeeeeeeeeeeeeeeeee

Jet yg belum pernah terbang lagi

Sebab apa belum terbang,, sebab bende ni kene pasang sendiri,,, so dia tgh kumpul sikit2 utk beli aksesori brg dia,,a.k.a, tak berani nak terbangkan lagi,,, sia sia jer kalau jatuh,, mmg hancus beb,, berderai,,

alamak aku luper nama bende ni,, yg penting,, dia multipurpose,, bleh main atas air ngan atas darat,,,
Kurang main sebab port main (air) terhad,, pastu kalau main kat tasik,, buat bateri dia habis tgh tasik,, saper pulak nak berenang gi ambik,,
motor ,,, yg ni,, setiap sorang ada satu,,, so ada 3 jenis motor,, mmg syok pun kalau tgk diorang ni emain,, siap main kona2 lagi,,
Memang selalu main kat depan masjid putrajaya ni,, tapi ala-ala seram sejuk aku nengok,, bila ada budak2 pun gi kejor motor tu ,,, hu,,hu,,
yg nie... heli dia yg kedua
yg first,, aku rasa x boleh terbang lagi kut,,, yg nie pun dia dah tukar jd tahan lasak skek,,, tp kurang main,,,sebab,, aku tgk tak naik naik pun  helinya,, duk aras kepala jer,,,

tapi kalau tgk yg brother2 lain main,, mmg syok wo,,, zussss zaasssss bunyi dia,, ngeri giler,,,,,



pomen RC,

11/09/12

Atih Tunang






alkisah,,  last weekk,, adik aku dipinang orang... wa ha,,haha mmg giler ah,,, sebab apa aku kata giler,, sobab eh,,, mengejut..

Hari khamis mlm,, dia br bgtahu kat mak yg,, ada org nak dtg minggu tu utk merisik dan terus tunang,,, mmg terkejut lah org tua aku kat kampung,, tapi yg sebnarnya,, dia lagi suka,, cuma persiapan tu agak kelam kabut ah jugak,,,,

Mula-mula ,,,,mlm khamis tu,, mak cakap,, buat merisik jer,, sebab kalau nak buat kenduri tunang,, takut x sempat,,, lgpun hari sabtu ,, kantin sekolah mak aku  buka,,,kang x mkn pulak anak-anak org kat sekolah tu,,  aku pun sambil mamai mamai tu okkan jek ah,, kire ok lagi masa tu,, sebab mak tak suh balik pun,,  buat simple jer,, oklah kan,,, tapi takut jugak sebenarnya,,, adik aku tu nanti sentap,, merajuk sebab aku x nak balik tgk dia dirisik,, hu,,hu,,,

Esoknyer plak,, tgh aku berjamuan raya kat opis,, boleh plak adik aku call cakap,, mak suh balik jugak hari ni,, sebab terus nak buat majlis tunang,,, yerlah rombongan nyer dtg dr jauh ,,, takkan nak suh dtg banyak2 kali,, pasal kantin sekolah,,, mak aku masakkan jer,, nanti pekerja dia yg tolong urskan,,,

kat rumah pulak,, mintak tolong mak ngah norpiah ngan busu yang uruskan bab masak memasak,,,  mujur mak sedara semua sporting habis,,, dengor anak buah nak kene pinang,,terus cancelkan segala urusan... 

Tapi yg paling pening,,, diorang berdua lah,,, nak kene gi cari cincin ngan hantaran,,,  bukanyer diorang tau sgt bab emas nie,, memang pandai-pandai diorang jek ah,,,  pastu,, bab andaman,, mujur adik aku baik @a dik angkat ngan Bg adi  (pak andam),, dia yg tukang solekkan... pastu,, hantaran semua campak ke dia jek,,  mmg celah gigi jeklah kan,, kalau nak harapkan aku,, mau jd lepat pisang hantaran tu,,,

Mlm tu kami sampai dlm kul sepuluh mlm, sampai jer...nampak ada lah 3 4 jiran yg dtg menolong potong bwng semua,,,, pastu keluarga belah lelaki pun dah sampai jugak,,, dtg berkenal kenal,,  yerlah dtg dr jauh kan,, takkan terus pinang jer,,, tapi diorang tidur kat rumah sebelah,,, mujur ada rumah yg boleh disewakan untuk pihak org sebelah berehat. kalau x,, kesian jugak nak bersesak dlm rumah tu,,,

Besoknyer pulak ,, dr pagi,, bermulalah segala operasi,,, dr mengemas rumah,, memasak,, lap pinggan mangkuk.... aku laki bini ambik port mengemas,,, mujur si kecik x banyak ragam,, bagi upah dulu sampai lena,, terus lena dibuai mimpi.... yg si kakak pulak,,  dah terkejar ke sana ke mari,,, suara jer dengar,,,, orgnyer kejap ada,, kejap x ada,,, seronok sangat lah tu,, sampaikan kami balik kampung apak kejap pun dia x nak ikut,,  hu,,hu,,
Anak sapa lah ni... main gayut gayut camnie,,,


tu bab persiapan,, masa majlis berlangsung,, si apak boleh tertiba jd jurukamera,, wa,,ha,,ha,, hentam jek ah labu,, nak panggil sapa pulak kan,, dgn keadaan yg suntuk,, semua dah fully booked lah,,,

oklah dipendekkan crita,, diorang ikat setahun... so tahun depan,, harap2,, adalah entry utk kawin adikku nanti,,
jom layan gambar jek ah,,
Shina (sepupu)

Tuan tanah kedaung,, belakang tu,,, berkupiah,, bakal bapak mertua adikku,,, bilal tu,,

Ni busu,,, hu,,hu mak sedara sempoi.,,, apa2 bleh kaw timm,,
kalau nak tau,, rumah dia lah tmpt kami berdating,,, wa,,ha,,ha,,,kantoi sudah,,,,,,,,,,,,
Hantaran dr pihak lelaki,,,,

Dr kiri,, bapak bakal pengantin lelaki,,, sidang kampung, pak sedara, dan yg duk mengendap kat blkng tu,, pak busu,, he,,he,, nampak jer garang,, tp brutal,,

This is my father lah,,, kalu nengok bebetul cam AR Badul,,, oooppp tuk berahim

Ni semua,,, sedara mara,, yg penting baju hitam tu,, pak ngah ,, adik kepada ayah,,,



ini lah rombongan dr pihak lelaki,,
Diorang sebenarnyer dtg satu kereta jer,,, Mak, ayah , abg ngan kakak ipar,, pastu budak kecik dua org,,, pastu,, ada sepupu duk kat bkt katil,, terus call ajak dtg bior nampak meriah sikit,, yerlah jauhkan,, dr pendang kedah sana...



Keluarga belah kami yg sibuk gak duk menyibuk sebab nak dengar apa yg dibincangkan,,he,,he,, gila kepohci kan kami,,,

Keluarga belah lelaki,,,,

Masa ni,,, anak dara ai,, jadi malu2 kucing walaupun apak dia jer yg tukang snap gambar,,,

Macam biasa,,, pak ngah tukang menyerikan majlis rundingan... wahhh gituuuuuuuu


Yeah,,, yg tudung biru tu nenek kami,,
tmpt duduk tu,, ai ngan apak yg susun tau,,, oklah tukan... ala-ala pelamin,,, ala-ala okeh,,

Sesi membelek cincin

sampai kat sini jd harukk sebab nenek nak sarung dulu,,,
Kasi touch up


Sesi menyarung



Ngan adik beradikk,,, paling kiri,, Angah, Atih(kene pinang), Ayu(bongsu), Ai and Abg (no 3)

dan,,, inilah dia,,, bakal pengantin....


Lepak selepas selesai

Kawan atih melaporkan kat FB

Angah... tunjuk rajin ah tu,, hu,hu,, dia mmg suka ambik bab dapur,,,

Cincin tunang dan risik,,,
Tahniah,,, dan semoga ke jinjang pelamin,,, baru seminggu kenalkan dgn family,, tup tup,, terus hantor minang,,, gullppppp