15/10/12

Kalau marah Anak...

 Terbaca dari forum cari,, terus bajet nak letak dlm blog,,, sebab leh kongsi ngan kawan yg lain,,, tp sebenarnya lebih untuk diri sindiri,, 
kalau ikutkan hari hari ai jerit jerit kat rumah bebel kat alya. 

Mula mula cakap sekali x dengar.. cakap dua kali,, dah dengar,, tapi dia buat jugak ,, sebab nak suh mama dia beliakkan mata yg x berapa nak besar nie kan,, pastu jerit cam org gila,, pastu buat muka sentap,, huh,, boleh darah tinggi tau ,,,

jum baca,,


Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?


2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

...


3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?


Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?


Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?


Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.


Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.


Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.


Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?


Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?


Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?


Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?


Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


Untuk renungan hari ini. Senyum.


ha can ner? bleh?,, balik ni nanti..nak try dulu,, nak marah marah,, main bisik kat telinga,,, kalau geram lagi,, kasi geget plak itu telinga,, eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


jap,, cam  x best plak x letak gambar pengarang jantung ai,, 

4/10/12

Bebelanku di pagi hari

seronok bila baca blog org lain,,, blog sendiri,, sunyi sepi,, huah,,huah,,huah,,,

Banyak cerita nak dimodalkan tapi tahap kemalasa yg tahap gaban membuatkan aku malas nak menaip entry,,

Buat masa nie,, selalunya aku akan update blog kat opis jek yek,, sebab kat rumah ai,, setramyx x dok,, waaaaaa giler tahap gaban biler internet x der kat rumah,, buat masa nie belum giler lagi,, sebab bnyk lg aktivit kemas mengemas masih lagi berjalan....

ooppps,,, sebelum terlajak,, aku ank bagitau,,yg sekarang kami dah pun berpindah ke rumah kami kat dengkil,, wa,,ha,,ha,, setel satu masalh yg selama ini terbeban kat kepala,,, dah masuk rumah sendiri,,, suka hati sendirilah kan,,, tapi sebenarnya lagi poning nak pikir,,,

Sebelum pindah,, tak tahu nak bungkus yg mana dulu,, bila dah pindah,, tak tahu pulak nak susun yg mana dulu,,, last last,, tolak tepi jerlah,,

So far setelah 3 minggu mendarat kat rumah baru,,,(boleh ker pakai ayat mendarat,,, wa kah,,kah),, alhamdulillah kami anak beranak ok ok jer,,,,, nak kata sunyi,,x jugak,, sunyi masa waktu tidur jek,, sebab,, kalau siang,, kompomlah,, ramai kontraktor duk menyiapkan rumah jiran yg lain tu,, ptg hingga mlm pulak,, suara kami anak beranak,, satu taman boleh dengar,, wa,,ha,ha, naik pening ,, selamat belum ada jiran lagi,,, kalau dah ada,, x tahulah nak letak mana dah muka ni,,,  stock cakap semua macam petir,, he,,he,,he,,  ditambahkan lagi pulak,, dgn si kakak yg x habis2 menyanyi,, practise utk persembahan hari Ihtifal dia,,,

kalau nak ikutkan bnyk lg list nak dimikirkan utk rumah ni,, kenduri doa selamat, lah,, tambah itu tambah ini,, letak itu ,,letak ini,,, semua serabut dlm kepala,,, mujur yg penting dah settel,, la nie,,, ni, kene tarik nafas panjang2,, pastu kayuh pelahan perlahan yek