25/07/12

Nasi Ayam ala sara

keh,,keh,keh,, tajuk resepi memang tak hengat,,,,  alang -alang ada orang nak tanya resepi nih,, baik letak kat blog jerk terus boleh share ngan members yg lain,,,

Tapi tuelah,,  aku bedal jerk sukatan nie semua,,, hu,,hu campak jer,,,
kalau nasib baik ,, menjadi,,
nasib tak baik,, sila buat lagi,,

wahhh pantun gitu,,,

ok ok,, focus jap,,

Bahan utama adalah ayam,,, semalam aku masak 5 ketul besar ayam (Ayam yang dibelah lapan
Basuh terus rebus. Air rebusan tu , aku letak sampai ayam tu tenggelam. lepas tu letak garam. settle.

Sementara tu,, kat sebelah dapur tu,, boleh tumis. So, barang untuk tumis,,
  • bawang besar sebiji besar penumbuk tgn aku,,,
  • bawang putih 2 ulas,, bukan 2 biji labu tu yer,,,
  • sup bunjut.
  • halia sebesar ibu jari dihiris sahaja,,
Bawang besar ngan bawang putih tu,, dikisar halus.
So, tumis kan semua bahan tu sampai nak bau ,,,, dan garing. Lepas tu,, aku bahagi dua,, . satu untuk nasi,, satu lg utk sup.

Tengok rebusan ayam tadi. kalau dah mengelegak,,, kutip balik ayam dalam tu masukkan dlm bekas sementara.Kemudian air rebusan tu, ambil dalam segelas atau 2 gelas air,, masukkan kat dalam beras yang dah dibasuh.Balance tu, masukkan tumisan yang tadi. kemudian masukkan kentang, garam ngan pak aji. Garam pun letak sikit jer,, sebab tadi kan dah letak. ni just pelengkap jer,, takut tawar... ok tunggu sampai kentang empuk. Pastu,, siap sup ayam...

Kemudian ayam pulak,,, ayam tadi yg dah direbus tadi,,, part nie,, selalunya akan berubah2 ikut selera tekak.. Selalunyer goreng letak serbuk kunyit dgn garam jer. Tak pun,,, letak kicap ngan garam... Tapi semalam,, letak bawang merah setengah biji,garam dan daun limau purut 2 helai->semua yang telah dikisar.
Goreng sampai garing. Siap untuk ayam.

Untuk kuah cili,  Kisar semua bahan dibawah;wah,, terus ayat opis keluar...
  • ambil dua ulas bawang putih, 
  • sebiji lada merah, 
  • 5 biji cili api untuk pedas. 
  • sedikit garam, gula
  • air masak setengah cawan  
tu jer,,, Nasi, kuah, ayam, cili dan last,,, timun,,,,,

SIAP.




2 ulasan: